Tuesday, March 3, 2009

CADANGAN PENYELESAIAN KRISIS POLITIK PERAK

Situasi di Perak semakin menarik..pada pendapat hamba apa yang dikata oleh ekstrim (rujuk komen dalam: http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/03/03/16501/) ada kewajaran juga. Sepatutnya Duli Tuanku dan penasihat2 Tuanku boleh fikirkan hal ini masak2 sebelum buat keputusan dahulu. Ramai yang perasan pasal hal anugerah tanah dan sikap kerajaan sah dulu tak membincangkan hal berkenaan dengan tuanku maka Tuanku telah menolak mereka. Mereka pun silap juga, terlalu tergesa2. Maklumlah manusia biasa...Seharusnya mereka ambil sedikit masa dan menyakinkan Tuanku sehingga Tuanku faham sebelum berbuat demikian. Sungguhpun begitu, Tuanku seolah2 sebagai bapa bagi sesebuah negeri, Tuanku mestilah berpandangan jauh dalam setiap tindakan. Lihatlah hari ini..ramai yang gelak ketawa dengan apa yang berlaku.. Kalaulah benar apa yang dikata oleh Kerabat Sabah, Tuanku tak perlu gerun..bukan Tuanku yang buat silap. Kalau mereka kata atau tuduh anak Tuanku terlibat rasuah..biarlah dia terima hukuman. Kita patut fikir hal yang lebih besar, lebih penting. Saya rasa Tuanku PATUT dedahkan pada semua sekiranya apa yang dikata oleh Kerabat Sabah itu benar. Sayangkanlah rakyat Tuanku..Tuanku sangat dihormati. Janganlah takut pd ugutan sesetengah pihak. Rakyat pasti bersama Tuanku. Jika Tuanku berterus terang tentang apa yang berlakku..lebih ramai lagi akan menyokong Tuanku tak kira dari kem mana sekalipun. Mereka tentu kasihan Tuanku diperlakukan sedemikian rupa. Pasal anak Tuanku, jangan khuatir sangat. Belum terbukti pun lagi. Orang kem2 berkenaan lebih ramai yang terlibat dalam hal ini tp semua diletak ke tepi. Kuasa rakyat boleh menolaknya Tuanku. Tunggulah..Berkaitan rasuah..mesti ada puncanya dan berlaku sekurang2nya pemberi dan penerima. Kita boleh kata itu suatu konspirasi untuk memerangkap..memang ada lojik pasal puak2 yang busuk hati ini sentiasa cari ruang dan peluang untuk melaksanakan hajat terkutuk mereka. Sekiranya idea ini kurang tepat maklumlah hamba tak sekolah tinggi..maka maaafkan hamba.

Sunday, March 1, 2009

EKONOMI SEMASA

Terakhir ini ramai yang menjadi mangsa situasi ekonomi yang teruk. Ramai antara kita yang kehilangan kerja. Justeru itu cara hidup juga tentunya berubah. Apa yang dapat dikatakan, jangan putus asa berusaha dan hanya mengharap. Cuba kita lihat pendatang asing dinegara kita, berbagai kerja mereka lakukan. Sesekali cuba ke Chow Kit. Lihatlah mereka. Mereka boleh survive. Mereka berusaha dengan tekun, gigih. Kita biasa dengan kemewahan dan jalan mudah maka kita mudah panik bila berlaku tekanan ekonomi.